Budak-budak

•September 9, 2009 • Leave a Comment

Semalam aku berbuka di Masjid Putra. Biasala, makan kurma + kuih dan air, sebelum menunaikan solat maghrib. Solat berjemaah ni dapat 27 kali ganda, bulan Ramadhan pulak..pergh, 1000 kali ganda lagi. Seperti biasa, lepas solat, maka berpusu-pusu makmum tadi bergegas masuk barisan. Tidak ketinggalan, aku.

Tengah beratur, aku terjeling ke sebelah kiri..oohh..mamat bangla duk ambik air 2, 3 gelas..nyaris2 aku xnampak diorang. Hanya limpahan cahaya lampu limpah yang sedikit silau memberikan sedikit cahaya. Aku toleh ke kanan. Bising betul budak2 ni makan, merujuk kepada sekumpulan kanak2 umur lebih kurang 8-12 tahun yang berborak2.

Budak Masjid

Budak Masjid

Apa yang aku kagum, mereka berbincang tentang surah Al-Quran. Masing-masing kata yang dia dah hafal surah-surah tertentu. Ada yang cuba untuk baca surah depan rakan-rakan mereka. Sejuk hati mak bapak macam ni. Aku cuba untuk menempatkan diri aku berhampiran mereka, tapi dah ada pulak yang potong aku punye line.

Apape pun, berbuka kat masjid memang terbaik!

Model 20 Minit

•July 13, 2009 • Leave a Comment

Dulu aku teringin jadi model. Kalau jadi model motosikal syok gak. Superbike la – grand sikit. Boleh la mengetest macam-macam jenama motor. Pastu boleh masuk GP, bergambar ngan awek Jepun.

Sudah agak lama aku tak menceburi bidang permotoran. Harini, aku cuba kembali. Buat sedikit ‘comeback’ la. Selepas lebih 3 tahun, dengan berseluar slack kain lembut, berkemeja kemas, berkasut tali diikat ketat, aku cuba untuk praktik skill menyelit-nyelit aku. Tak kurang hebatnye jugak skill lama aku ni, perasaan perasan aku mula menggelegak. Bisa aku tarik masik ada.

5.45 petang: Ahhh. Semua mak budak dah balik. Tak boleh jadi kalau tunggu bukan mak budak balik. Rasa macam nak cari ketenangan la sikit petang-petang ni. Balik, ajak Due jogging boleh la usha awek=-awek perumahan.

6.00 petang: “Helo, Kak Nita..Kak Nita sayang sampai kiamat tak? Kalau Kak Nita sayang sampai kiamat tolong belikan Ron95 sebotol..Aku tunggu kat depan JPM ni”

Tak pasal-pasal aku jadi model bulatan putrajaya tu.

7.00 petang: Aku berjaya basuh Myvi mak aku. Dah seminggu rasa nak basuh.

Petronas Ron95

•June 30, 2009 • Leave a Comment

Last Friday, first time aku fuel in Ron95 masuk kelisa aku. Saja-saja aku nak try test. By the way, aku sendiri xtahu macamane nak bezakan Ron95 or Ron97. Sama je kondisi Kelisa Emas 1.0 aku tu. Apape pun, udang tetap di sebalik mee. Rasa-rasa macam nak tukar ke Chevy Camaro je.

BumbleBee

Bumble Bee!!!! Finish them!!!peace from war

Can’t wait to get the 4th collection!

TerNOW!! Pelajar Jatuh Bangunan

•June 23, 2009 • 3 Comments

Aku baru sahaja menerima berita tergempar drp sumber terdekat. Tak pasti akan masuk news/paper ke tak sbb diberitahukan tiada press yg datang pun.

Seorang pelajar sarjana di sebuah IPTA di Bangi telah meninggal kerana jatuh dari tingkat 4 bangunan sebuah asrama di IPTA tersebut. Pelajar wanita tersebut dianggarkan jatuh antara jam 4 – 5 pagi tadi. Daripada sumber yang diperolehi, beliau merupakan seorang pelajar yg bukan sahaja mempunyai personaliti yang baik, namun juga merupakan pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang yang diceburi.

Persoalannya, adakah beliau betul2 jatuh secara tidak sengaja? Suicide maybe? or mungkin ada yang fikir die ni night walking sbb kejadian tu jam 4-5 pg kan..

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Vietnam vs Myanmar: Bloody Morning

•June 23, 2009 • 2 Comments

Pha Mun Tai, a Vietnamese has been robbed by 2 Myanmarians at LebuhPudu. He didn’t just lost RM300 but also get hurt on his head, being hit by the Myanmarians while he tried to ran away, maybe.

DSC_0002

Pha Mun Tai trying to make sure his head stop bleeding.

DSC_0004

Receiving first treatment before went to nearest hospital for further treatment

Same  issue here

Ungu: Dengan Nafasmu

•June 14, 2009 • Leave a Comment

Terdetik untuk postkan lagu ni. Rasanye macam pernah dengar lagu ni sebelum ni. Cuma mungkin sesekali terbit dari corong radio, maka aku pun setakat mendengar saje di tgh kesesakan kota.

Tapi, masa dalam perjalanan dari Bandung ke Jakarta untuk ke airport pulang ke Malaysia, pak supir memainkan CD yg ada lagu ni. Tiap kali aku terjaga dari tidur je, lagu ni je yg aku dengar. Ntah2 CD tu ade 2,3 lagu je. Hehehe. Mula-mula tertarik ngan melodi muziknya, tapi bila dihayati liriknya…penuh makna..

[*]
Izinkan ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
kembali pada-Mu, menutup waktuku

Izinkan ku serukan nama-Mu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil, kembali pada-MU

[**]
Karna ku tahu, hanyalah pada diri-Mu
Tempatku mengadu, tempatku mengeluh
Di dalam do’aku

[***]
Dan demi nafas yang telah kau hembuskan dalam kehidupanku
Ku berjanji, ku akan menjadi yang terbaik
Menjalankan segala perintah-Mu, menjauhi segala larangan-Mu
adalah sebaris do’a ku untuk-Mu

Back to [*][**][***]

**Sumber lirik dari sini

Ada satu cerita

•June 4, 2009 • 1 Comment

Aku ada satu cerita. Pasal wanita. Actually sebenarnya pendapatla. Dan juga pasal wanita dan histeria. Tp aku belum ada masa nak tulis. Kerja melambak. Meja pon berlambak-lambak ngan “table-table”. Tunggu la nanti aku ada masa aku tulis. Ciow!

Peace from W.A.R

Guane Ganu Kite?

•June 2, 2009 • 2 Comments

Berita hari ini menyiarkan gambar2 berkenaan runtuhnya sebuah stadium bernilai lebih kurang setengah billion ringgit. Inilah Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Trg. Aku sendiri pun sebagai rakyat negeri Terengganu masih belum sempat menjenguk ke stadium ni.

sumber dari Mampat

sumber dari Mampat

sumber dari Mampat

sumber dari Mampat

sumber dari Mampat

sumber dari Mampat

sumber dari Mampat

sumber dari Mampat

Apa cerita kontraktor? Angin sepoi-sepoi dah mula bertiup.. Ada makan bersuap ka? Apa-apa pun, semua ni kententuanNya, samada sebagai balasan atau sebagai ujian
peace from war

Pembela Jalanan

•June 1, 2009 • 2 Comments

Cuba letakkan diri anda ditempatnya.

pembela kebersihan

peace from war

Beginilah nasib seorang ‘cleaner’.
Hargailah tugas mereka dengan menjaga kebersihan, dan membuang sampah di tempat sepatutnya.

Queens of Langkasuka

•May 7, 2009 • 3 Comments
Yarang

Yarang

Kenapa filem Malaysia jauh berbeza ngan filem Thai? Tgk saja dia punya CGI effect dan bandingkan ngan filem Malaysia. Apa yang aku boleh kate, filem ni 5 kali lebih baik dari Cicakman.

Sape belum tengok movie ni lagi, aku syorkan korang tengok. Puas hati. Memang puas hati. Hero adalah Paree. Tapi aku lebih suka watak Yarang. Mantap la dia punya langkah. Sape tak tengok memang rugi. Jalan cerita pun menarik.

Rating: 9/10

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.