Model 20 Minit
Dulu aku teringin jadi model. Kalau jadi model motosikal syok gak. Superbike la – grand sikit. Boleh la mengetest macam-macam jenama motor. Pastu boleh masuk GP, bergambar ngan awek Jepun.
Sudah agak lama aku tak menceburi bidang permotoran. Harini, aku cuba kembali. Buat sedikit ‘comeback’ la. Selepas lebih 3 tahun, dengan berseluar slack kain lembut, berkemeja kemas, berkasut tali diikat ketat, aku cuba untuk praktik skill menyelit-nyelit aku. Tak kurang hebatnye jugak skill lama aku ni, perasaan perasan aku mula menggelegak. Bisa aku tarik masik ada.
5.45 petang: Ahhh. Semua mak budak dah balik. Tak boleh jadi kalau tunggu bukan mak budak balik. Rasa macam nak cari ketenangan la sikit petang-petang ni. Balik, ajak Due jogging boleh la usha awek=-awek perumahan.
6.00 petang: “Helo, Kak Nita..Kak Nita sayang sampai kiamat tak? Kalau Kak Nita sayang sampai kiamat tolong belikan Ron95 sebotol..Aku tunggu kat depan JPM ni”
Tak pasal-pasal aku jadi model bulatan putrajaya tu.
7.00 petang: Aku berjaya basuh Myvi mak aku. Dah seminggu rasa nak basuh.


